Awas Pilih Corak, Lukisan Inai!

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 11:47 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wanita Islam yang gemar berhias dengan lukisan henna atau inai perlu berhati-hati memilih corak yang sesuai kerana terdapat ukiran yang melambangkan kepercayaan agama lain yang boleh merosakkan akidah seperti 'Dreamcatcher'.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ukiran yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mempunyai ciri persamaan dengan kepercayaan agama lain, perlu dielakkan.

"Umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain...sebagai contoh, memakai rantai berbentuk salib," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, Mohamad Shukri berkata larangan itu diputuskan secara umum berdasarkan hukum syarak iaitu umat Islam tidak boleh menyerupai agama lain.

Katanya umat Islam perlu mematuhi garis panduan penggunaan henna yang dibenarkan syarak iaitu menggunakan jenis yang serap air, tidak membatalkan wuduk dan bukan daripada bahan najis.

Dreamcatcher yang merupakan perhiasan kayu berbentuk lingkaran bulatan yang dihiasi jaring dan bulu-bulu burung, digunakan penduduk pribumi Amerika (American Indians) bagi melindungi seseorang daripada mengalami mimpi buruk ketika tidur.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di ibu negara mendapati ramai pelukis henna yang menawarkan lukisan berbentuk Dreamcatcher.

Menurut seorang penggemar henna yang mahu dikenali sebagai Mira, 24, beliau terkejut apabila dimaklumkan pelukis henna di sebuah pasar malam di Shah Alam, Selangor bahawa gerainya pernah dikunjungi pegawai Jabatan Agama Islam Selangor dan memaklumkan henna bercorak Dreamcatcher adalah tidak dibenarkan.

"Mujur saya tidak terjebak untuk melukisnya pada tangan saya pada ketika itu kerana saya lihat ramai rakan yang telah berhias dengan reka bentuk tersebut," katanya. 

-Bernama
Tags / Kata Kunci: inai , henna , Dreamcatcher

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan