Hawk 108: Hishammuddin Arah Siasatan Terperinci

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 6:50 PM

Foto:airliners.net

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan siasatan terperinci kejadian pesawat pejuang jenis Hawk 108 terhempas yang mengorbankan dua juruterbangnya.

Hishammuddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang yang terkorban dalam nahas itu.

Pesawat Hawk 108 yang dilaporkan hilang pagi tadi itu dipercayai  terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu petang Khamis.

Jasad kedua-dua juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof , 39, dan Mejar Hasri Zahari, 31, ditemukan pada 2.30 petang, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.

"Saya telah arah @airforcenextgen jalankan siasatan terperinci dengan kadar segera bagi kenal pasti punca nahas #Hawk108," kata Hishammuddin menerusi Twitternya.

"Semoga kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihan #Hawk108," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Hawk 108

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan