Seorang Anak Kapal KM Avatar Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 3:31 PM

Sebahagian 13 anak kapal yang keletihan selepas diselamatkan setelah kapal dagang yang membawa muatan kontena tenggelam akibat dipukul ribut di perairan Tanjung Keling Selat Melaka pada Rabu. - Bernama

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua anak kapal KM Avatar yang dilaporkan hilang selepas kapal dagang itu karam di perairan Tanjung Kling ditemukan pagi Khamis dengan seorang daripadanya selamat dan seorang lagi meninggal dunia.

Pengarah Maritim Negeri Sembilan/Melaka Kapten Maritim Ahmad Faridi Ferdaus berkata kedua-duanya ditemukan 11.8 batu nautika dari Tanjung Kling dekat sini pada 9.40 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Beliau berkata mangsa yang ditemukan hidup ialah tukang masak kapal berkenaan dikenali sebagai Hermawan, 35, manakala mangsa yang meninggal dunia ialah kapten kapal Samuel Andianto Henuk, 52.

"Pasukan mencari dan menyelamat menemui seorang anak kapal yang terselamat di dalam rakit keselamatan  dan seorang lagi telah meninggal dunia ditemui berada di dalam laut di lokasi berhampiran," katanya kepada pemberita, pada Khamis.

Ahmad Faridi berkata beliau difahamkan bahawa mangsa yang terselamat berenang ke rakit keselamatan yang ditinggalkan oleh 13 lagi anak kapal KM Avatar yang telah diselamatkan pada Rabu.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Besar Melaka dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut, operasi mencari dan menelamat telah dihentikan pada pukul 2.00 petang tadi," katanya.

Dalam kejadian 9.25 pagi semalam, KM Avatar, kapal kontena dari Indonesia karam di Selat Melaka dipercayai akibat dipukul ombak kuat.Kapal itu membawa 15 anak kapal dan 13 daripadanya diselamatkan sebuah kapal dagang yang melalui lokasi kejadian manakala dua lagi dilaporkan hilang.-Bernama

Tags / Kata Kunci: KM Avatar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan