Kebakaran London: Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 8:21 PM

-fotoAP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kebakaran awal pagi Rabu di Grenfell Tower, North Kensington, London.

Namun ia menasihatkan rakyat Malaysian yang hadir atau menetap berdekatan kawasan terlibat dan memerlukan bantuan konsular agar menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London.

"Kementerian Luar menyampaikan simpati yang mendalam kepada mangsa yang terbabit dalam insiden tersebut," katanya.

Menurut laporan berita, blok apartmen setinggi 27 tingkat itu musnah berikutan api besar yang dipercayai berlaku sebelum 1 pagi waktu tempatan.

Lebih daripada 250 anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus menyelamat para penghuni dengan 100 anggota polis dan 100 petugas perubatan turut berada di tempat kejadian.

Pihak polis mengesahkan terdapat sejumlah angka kematian sementara Perkhidmatan Ambulans London berkata 50 orang telah dibawa ke lima buah hospital setakat pukul 8 pagi.

Bagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, mereka boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, London No. 52, Bedford Row London WC1R 4LR Tel: +44 207 235 80333 E-mail: mwlondon.kln@1govuc.gov.my

Tags / Kata Kunci: Wisma Putra , kebakaran London

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan