Tayar Pesawat MH725 Pecah Ketika Mendarat

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 8:36 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH725 dari Kuala Lumpur mengalami kerosakan tayar ketika mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Airport di tengah-tengah hujan lebat tetapi pesawat itu mendarat dengan selamat.

Menurut kenyataan yang disiarkan oleh syarikat penerbangan itu menerusi laman Facebook, tiada penumpang atau anak kapal yang cedera.

"Malaysia Airlines memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan untuk pelanggan kami berkaitan insiden ini," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu berkata, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memberi segala bantuan dan memastikan kesejahteraan semua penumpang dan krew.

Susulan insiden itu, penerbangan balik, MH724 dari Jakarta ke Kuala Lumpur, yang dijadualkan berlepas pada 7.50 malam pada 13 Jun telah dibatalkan.

Penumpang akan dipindahkan ke penerbangan lain, kata kenyataan itu. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan