Cantiknya Model Sindrom Down Peraga Baju Raya

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 9:28 AM

Koleksi baju raya Maqilla Raya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kebanyakan jenama fesyen sering menggunakan model bertubuh langsing dan lampai, tetapi sebuah butik tempatan mendapat perhatian dengan memilih penghidap Sindrom Down untuk menggayakan koleksi busana Raya terbaharu mereka.

Dengan slogan 'You are your own kind of beautiful', Maqilla Boutique dengan kerjasama Persatuan Sindrom Down Malaysia mahu mewujudkan kesedaran mengenai Sindrom Down dan berkongsi mesej bahawa semua insan cantik dengan cara mereka tersendiri. 

"Semua orang cantik di dalam, dan saya rasa saya cantik," kata atlet Paralimpik, Siti Marina Frohlich yang menghidap Sindrom Down.

Siti Marina, 37, merupakan salah seorang model dalam kempen tersebut dan menyifatkan pengalaman yang dirasainya mengujakan.

"Saya rasa ok (menjadi model) dan saya sangat gembira," katanya kepada The Star.

"Saya juga sangat selesa dengan pakaian-pakaiannya," kata Siti Marina, sambil menambah bahawa busana pilihannya adlaah Baju Kurung biru yang menjadi warna kegemarannya.

Walaupun pengalaman pertama menjadi model, Siti Marina berkata, ia tidaklah terlalu sukar.

"Ia mudah untuk mengikut arahan, dan saya berlatih (bergaya) di rumah," katanya sambil ketawa.

Pemilik bersama Maqilla Boutique, Nur Aqilah, 30, berkata, beliau kagum dengan kemahiran Siti Marina memperagakan pakaian dan Khoh Hui Qi yang 'muda dan bertenaga'.

"Kita biarkan mereka menggayakannya, dengan tata rias wajah dan dandanan rambut, mereka sudah bersedia. Saya kagum," ujar Nur Aqilah.

Menurut Nur Aqilah, beliau bersama rakan niaga, Wan Irmawati Idayu mahu mengambil bahagian dalam membantu komuniti Sindrom Down.

"Kita mahu orang melihat kanak-kanak istimewa dan menyedari perkara yang sewajarnya, dan bukannya bagaimana bezanya wajah mereka.

"Kita mahu orang melihat bakat terpendam mereka, daripada melihat kekurangan mereka," katanya.

Wan Irmawati, 38, berkata, kempen tersebut mendapat inspirasi daripada pengalaman peribadi mereka mengendalikan kanak-kanak istimewa.

"Kempen ini begitu penting kerana kami mahu menekankan bahawa kecantikan boleh digambarkan oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira siapa mereka," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan