Idris Jala Sudah Siapkan Laporan FGV - PM

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 8:06 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Idris Jala, sebagai pihak bebas yang dilantik untuk menangani kemelut yang melanda Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), telah menyiapkan laporannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata laporan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Najib berkata beliau turut meminta Idris melihat beberapa langkah dan pilihan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

"(Kita) tengah teliti segala fakta dan apa keputusan yang sebaiknya berdasarkan tiga prinsip saya sebut -mengikut akta syarikat, tadbir urus yang baik dan proses yang adil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2017 di sini Rabu.

Idris dilantik sebagai pihak tidak berkepentingan untuk mengemukakan bukti siasatan kes dan menyarankan penyelesaian berhubung keputusan FGV yang mengarahkan Presiden Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad, Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha dan dua pengarah kanannya bercuti.

Pelantikan Idris turut dipersetujui pihak terlibat iaitu Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FGV Tan Sri Isa Samad, Zakaria dan Ahmad Tifli.-Bernama

Tags / Kata Kunci: FGV , Idris Jala , Najib Razak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan