Penjawat Awam Kedah Pula Dapat Bonus Raya

Diterbitkan: Rabu, 14 Jun 2017 5:30 PM

Bonus itu akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sebanyak 5,000 penjawat awam di Kedah akan menerima bonus khas sebanyak RM1,000 bersempena Aidilfitri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat melalui mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah yang dipengerusikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

"Bonus itu akan dibayar sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 25 Jun ini.

"Kerajaan negeri berharap bantuan khas ini akan meringankan beban dan seterusnya memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri penjawat awam di negeri ini pada tahun ini," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: bonus raya , penjawat awam Kedah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan