Wisma Putra Sahkan Rompakan Di Rumah Malaysia Di Chile

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 6:49 PM

Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rumah Malaysia, kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Chile, dipecah masuk oleh sekumpulan penjenayah pada Isnin.

Ini disahkan oleh Wisma Putra dalam kenyataan di sini pada Selasa yang turut melihat serangan ke atas seorang daripada dutanya itu dengan penuh kebimbangan.

"Sebagai barisan hadapan kehadiran Malaysia di luar negara, keselamatan pegawai dan staf adalah amat penting," kata Wisma Putra.

Laporan media menyatakan sekumpulan perompak memasuki kediaman Duta Besar Malaysia ke Chile Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya dan melarikan wang, barang kemas serta barang berharga lain bernilai kira-kira 39 juta peso Chile.

Menurut laporan, dalam kejadian yang berlaku di Las Condes, Santiago, ibu negara Chile itu, Mohamad Rameez, isterinya dan lima anak mereka turut diikat oleh lima perompak terbabit.

Wisma Putra berkata polis Santiago sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu.

"Kementerian akan membuat susulan dengan pihak berkuasa berkaitan sehingga siasatan kes ini selesai," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Dr Mohamad Rameez , Chile

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan