Pengguna Celcom Berang

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 11:07 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Media sosial pada pagi Selasa kecoh dengan kebanyakan pelanggan Celcom berang kerana mengalami masalah gangguan perkhidmatan rangkaian komunikasi mereka.

Laman sosial syarikat telekomunikasi itu dihujani aduan dan rungutan pelanggan lebih-lebih lagi ia berlaku pada hari pertama bekerja selepas cuti umum dan cuti hujung minggu.

Sebahagian pelanggan Celcom mengadu mereka mengalami gangguan rangkaian sejak awal pagi Selasa.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian Celcom menerusi satu kenyataan di Facebook mengakui terdapat gangguan rangkaian yang berpunca daripada kerja-kerja menaik taraf yang bermasalah.

“Kami dukacita ingin memaklumkan terdapat gangguan rangkaian bermula 7 pagi yang menjejaskan perkhidmatan membuat dan menerima panggilan di seluruh negara,” katanya.

Menurut Celcom, pasukan teknikal telah menangani masalah gangguan itu pada pukul 9.30 pagi Selasa dan perkhidmatan di Semenanjung kembali pulih seperti biasa.

“Manakala (perkhidmatan) di Malaysia Timur pula akan pulih secara beransur-ansur dalam tempoh sejam berikutnya.

“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan. Terima kasih,” menurut kenyataan itu.

Penjelasan Celcom bagaimanapun mendapat kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan mengapa kerja-kerja penyelenggaraan tidak dilakukan pada hari cuti dan gangguan rangkaian berlaku pada waktu puncak hari pertama bekerja.

Namun pada masa sama, ramai netizen berterima kasih kepada syarikat telekomunikasi itu yang dapat menangani isu tersebut bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan seperti biasa.


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan