Sarawak Keluar Dari Tourism Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak telah mengeluarkan wakilnya daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang berkuat kuasa serta-merta.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, penyertaan Sarawak dalam Tourism Malaysia disifatkan tidak perlu kerana peranan dan fungsinya bertindih dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.

Tiada alasan lain dinyatakan tentang penarikan itu.

Langkah tersebut diambil selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menegur Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung kenyataan pelaksanaan cukai pelancongan.

Abdul Karim telah menggesa Putrajaya untuk menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan berkuatkuasa pada 1 Julai di Sabah dan Sarawak.

Beliau menambah, Kerajaan Persekutuan mesti menghormati Perjanjian Malaysia 1963 kerana pelancongan hanya dipusatkan baru-baru ini.

Pada satu majlis yang diadakan di sini pada Ahad, Menteri Sarawak berkata, kabinet negeri akan membincangkan tentang pelaksanaan cukai pelancongan secara terperinci.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan