Puasa Kerana Malaysia?

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 9:53 AM

POSTER kempen Puasa for Malaysia yang tersebar dalam laman sosial. - Facebook

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia, satu jemputan mula tersebar di media sosial untuk mengajak rakyat Malaysia menahan lapar dan dahaga pada 17 Jun ini.

Difahamkan, jemputan itu terbuka untuk seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama, mengajak orang ramai menyertai kempen 'Puasa for Malaysia' (Puasa untuk Malaysia).

Kempen tersebut didakwa diadakan atas semangat solidariti bagi memupuk perpaduan dan keamanan selain menggalakkan persefahaman antara kaum di negara ini.

Namun terdapat laporan mendakwa kempen 'Puasa untuk Malaysia 2017' merupakan anjuran seorang pejuang hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bersama seorang aktivis badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang paderi yang aktif melibatkan diri dengan kegiatan melibatkan belia-belia Islam.

Acara itu turut menjemput rakyat Malaysia mengadakan pertemuan untuk sahur dan berbuka puasa, masing-masing pada pukul 4 pagi dan 6.45 petang hari yang sama di dua restoran berasingan di Bangsar.

Malah, mereka yang tidak berada di Bangsar pada hari berkenaan turut dialu-alukan untuk mengadakan acara yang sama di tempat masing-masing sambil berkongsi foto dan cerita di media sosial menggunakan hashtag #Puasa4Malaysia.

Entri Facebook yang mengajak orang ramai menyertai kempen Puasa for Malaysia. - Facebook

Bagaimanapun mengulas tentang kempen itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, ibadah puasa yang wajib ke atas umat Islam adalah kerana Allah.

Beliau menambah, selain berpuasa makan dan minum, umat Islam juga disarankan menjaga tatatertib dan kelakuan serta berbuat kebaikan dan memperbanyakkan ibadah.

"Kita tidak boleh kata puasa untuk Malaysia kerana puasa adalah kerana Allah. Jadi, kita tidak boleh niat berpuasa untuk yang lain, tiada dua atau tiga dalam satu," katanya kepada mStar Online.

Mohd Tamyes berkata, jika mahu Malaysia aman dan rakyat bersatu-padu, ia boleh dilakukan dengan cara memohon doa dan mendapatkan keberkatan tanpa melibatkan ibadah puasa.

"Kita boleh memohon doa kepada Allah menerusi solat hajat terutama dalam bulan Ramadan ini, supaya negara kita aman dan sejahtera, rakyat sama-sama bertanggungjawab dan bertoleransi antara satu sama lain," katanya.

Sehubungan itu, Mufti Selangor menasihatkan agar tema 'Puasa untuk Malaysia' perlu ditukar bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan terutama dalam kalangan umat Islam.

Sementara itu, Imam Masjid Negara, Khisamuddin Ismail pula berpendapat bahawa kempen tersebut mungkin mempunyai agenda pluralisme atau menyamaratakan semua agama.

"Ibadah puasa dalam bulan Ramadan adalah kerana Allah. Jadi, saya secara peribadi berpendapat acara itu dikhuatiri menjurus kepada pluralisme.

"Ini dikatakan sebagai salah satu masalah psikologi yang dihadapi umat Islam maka adalah lebih baik sekiranya kita menghormati agama dengan meneruskan ibadah ke jalan yang benar," katanya.

Khisamuddin berkata, usaha memupuk perpaduan dan toleransi serta keamanan negara tetap digalakkan tetapi wajar dilakukan dengan cara yang lain agar tidak menghina Islam.

"Tak perlu guna cara berpuasa di bulan Ramadan. Kita (umat Islam) perlu mengamalkan prinsip kita tetapi pada masa sama menghormati agama lain," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan