Akhirnya Pokok Kurma Berbuah Lebat Di Baling

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 2:12 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

BALING: Sebatang pokok kurma daripada 40 pokok yang ditanam di kawasan tebing Sungai Baling dalam kawasan milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak tujuh tahun lepas kini berbuah lebat dan sudah berwarna kekuningan yang hampir masak.

Ini adalah kali kedua pokok kurma yang ditanam di sini mengeluarkan buah selepas kali pertama sebatang pokok yang terletak berdekatan Masjid Ridzuaniah di sini berbuah pada 1984.

Ketika itu, jawatankuasa masjid berkenaan telah menghadiahkan semayang buah berkenaan yang masak kepada bekas perdana menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bagaimanapun, pokok kurma itu dilaporkan tumbang selepas mengeluarkan buah beberapa kali.

Kini, pokok kurma yang mengeluarkan buah kali ini turut mendapat perhatian masyarakat di sini termasuk masyarakat Cina yang mana pokok kurma ini ditanam sebaris di hadapan bangunan perniagaan mereka.

Seorang peniaga kedai memperbaiki basikal yang dikenali sebagi Pin Tau, 61, berkata sebelum ini beberapa batang pokok itu yang terletak di hadapan kedainya mengeluarkan mayang yang banyak, namun tidak berbuah dan kering begitu saja.

"Ini saya kira ajaiblah bila pokok ini sudah berbuah dan hampir masak," katanya.

Bagi Shah Bari Din, 66, pula turut merasa hairan apabila melihat pokok tersebut mula mengeluarkan buah yang lebat terutama di bulan Ramadan ini.

"Sebelum ini saya hanya melihat buah kurma ini ketika di Makkah saja dan tak sangka di Baling pun boleh berbuah lebat," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: kurma , Baling

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan