Dengar Boleh, Percaya Jangan - Abdul Ghapur

Diterbitkan: Isnin, 12 Jun 2017 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Penduduk kawasan Parlimen Kalabakan diseru tidak mudah percaya dengan dakyah negatif disebarkan pihak pembangkang yang datang ke tempat mereka dengan hanya satu tujuan iaitu menghasut rakyat untuk membenci pemimpin dan kerajaan.

Anggota Parlimennya, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan penduduk di kawasan itu bahawa mereka boleh mendengar tetapi jangan percaya dengan dakyah negatif serta fitnah yang menjadi asam garam politik pembangkang.

Beliau berkata perkara itu berlaku memandangkan pilihan raya umum semakin hampir dan parti-parti pembangkang semakin aktif menghasut rakyat membenci kerajaan.

"Dengar boleh, percaya jangan! Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan!," katanya, yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Jakarani, Kampung Sungai Pukul, Pulau Sebatik, pada Ahad.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik merangkap Timbalan Ketua Umno Kalabakan, Datuk Muis Picho.

Sementara itu, Muis berkata penduduk di Pulau Sebatik kini menikmati pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur seperti bekalan elektrik hasil kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengubah kehidupan serta memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan luar bandar.

"Kita mengakui masih banyak lagi projek-projek pembangunan yang perlu dibawa ke Pulau Sebatik ini."

"Kita telahpun membuat pelbagai perancangan dan kita berharap rakyat akan terus memberikan sokongan agar setiap perancangan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya," katanya.

Di majlis itu, Ghapur dan Muis turut menyempurnakan penyerahan bantuan wang zakat dari Pusat Zakat Sabah kepada 299 penduduk dari beberapa buah kampung di pulau berkenaan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Abdul Ghapur Salleh

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan