Gerai Di Bazar Ramadan Kulai Diarah Tutup

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sebuah gerai sementara yang menjual makanan di salah sebuah bazar Ramadan di Kulai diarahkan menghentikan operasi susulan kes keracunan makanan pada 1 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kes tersebut melibatkan tiga orang dari sebuah keluarga yang membeli makanan di gerai berkenaan pada 31 Mei lalu.

Beliau berkata, antara makanan yang dibeli mangsa adalah kupang masak lemak, sup gearbox, terung masak sambal, paru masak sambal, kebab dan nasi ambeng serta air batu campur.

"Mangsa mengadu kupang masak lemak yang dijual di gerai itu basi," kata Ayub dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, empat sampel daripada makanan yang dibeli iaitu kupang masak lemak, terung masak sambal, paru masak sambal dan sup gearbox diambil untuk pemeriksaan.

Menurut Ayub, siasatan menunjukkan pengendali makanan itu mula memasak pada pukul 9 pagi pada suhu memasak yang tidak sekata dan kesemua masakan tersedia menjelang tengah hari.

Tambahnya, ini bermakna makanan yang dimasak tidak dapat bertahan lama.

Ayub berkata, gerai tersebut diarahkan menghentikan operasi di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 1,144 gerai makanan diperiksa setakat 10 Jun dan 57 notis dikeluarkan kepada pengusaha kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan