Dego Ride Buka Buku Baru

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 8:30 AM

Dego kini menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan segera.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekitar awal tahun syarikat ini terpalit dengan kontroversi kerana menjalankan operasi teksi motosikal secara haram.

Kesannya ribuan penunggang motosikal yang mencari rezeki demi sesuap nasi menerusi perkhidmatan itu terjejas.

Bagaimanapun Dego Ride kini 'tutup buku lama, buka buku baru' apabila menawarkan perkhidmatan terbaharu iaitu penghantaran makanan segera.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, khidmat penghantaran sebenarnya telah lama dilaksanakan menerusi Dego Send, malah sebelum perkhidmatan teksi motosikal beroperasi.

Bagaimanapun katanya, ia lebih tertumpu kepada penghantaran barang dan pengangkutan yang digunakan adalah motosikal atau kereta, bergantung kepada saiz dan kuantiti.

"Kali ini kami menambah perkhidmatan itu kepada penghantaran makanan segera menggunakan motosikal.

"Teksi motosikal itu adalah kisah lama dan kami mahu terus melangkah untuk memperkukuhkan perniagaan di samping memberi peluang pekerjaan dan sumber menjana pendapatan kepada rakyat," katanya kepada mStar Online.

Mac lalu, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk tidak membenarkan perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride beroperasi atas faktor keselamatan.

Nabil Feisal Bamadhaj.

Nabil menjelaskan bahawa Dego menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan segera kepada pelanggan berdasarkan tempahan pelanggan kepada pengusaha restoran yang mengadakan kerjasama dengan syarikat itu.

Dego kini mencari lebih ramai penunggang motosikal yang berminat untuk menjalankan perkhidmatan ini secara sepenuh dan separuh masa.

Menurut Nabil, sejak dahulu, Dego sentiasa komited memberi peluang pekerjaan kepada rakyat terutama mereka dari kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Tambahnya, dengan hanya melakukan penghantaran berhampiran dengan restoran, mereka yang berminat boleh memperoleh pendapatan sehingga RM1,800 sebulan, makanan percuma disediakan, selain berpeluang untuk kenaikan pangkat.

Perkhidmatan penghantaran makanan segera ini telah beroperasi di sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lalu membabitkan kira-kira 50 pengusaha restoran.

Nabil berkata, kelayakan adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas, mempunyai lesen motosikal yang sah, memiliki motosikal dan telefon pintar sendiri.

"Setiap permohonan akan melalui proses saringan dan latihan akan diberikan selepas pengambilan," katanya. 

Menurut Nabil, sehingga kini Dego mempunyai kira-kira 7,000 penunggang motosikal yang berdaftar dan daripada jumlah itu, antara 600 dan 700 penunggang aktif memberi perkhidmatan penghantaran barang dan makanan setiap hari.

"Kami kini membuka pengambilan segera berikutan permintaan untuk penghantaran makanan segera semakin bertambah," katanya sambil menambah perkhidmatan tersebut menumpukan Lembah Klang sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara.

Tags / Kata Kunci: Dego Ride , Nabil Feisal Bamadhaj

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan