Songkok Haja Mohideen Masuk Singapura

Diterbitkan: Sabtu, 10 Jun 2017 1:25 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pembuat songkok Haja Mohideen Mohamed Shariff, yang sebelum ini mengambil tempahan setiap kali menjelang Aidilfitri terpaksa mengikut trend terkini  menjual songkok yang sedia dipakai.

“Saya tidak menang tangan menyediakan kedua-dua jenis songkok kerana permintaan untuk songkok siap sangat tinggi.

“Saya terpaksa menolak tempahan untuk pembuatan songkok tahun ini,” kata warga tua berumur 69 tahun itu ketika ditemui di kedainya di Jalan Raja di sini.

Haja Mohideen berkata, kebanyakan pelanggannya memilih untuk membeli songkok yang sedia dipakai yang dijual di pasar raya atau pusat membeli-belah, walaupun songkok yang dibuat secara manual lebih berkualiti.

“Menjelang Ramadan, saya dapat menjual lebih kurang 500 songkok,” katanya.

Haja Mohideen menambah, kos tekstil songkok telah meningkat, terutamanya baldu kerana diimport dari Korea Selatan dan Jepun.

“Pembuatan songkok mengambil masa dua jam. Saya menggunakan baldu di bahagian luar manakala bahagian dalam dibuat daripada kadbod, surat khabar dan satin.

“Saya menjualnya dengan harga RM23 hingga RM45 setiap satu,” tambahnya.

Pada Aidilfitri tahun ini, Haja Mohideen telah menerima tempahan sebanyak 100 tarbus dari firma di Singapura.

“Hanya menantu lelaki yang menolong saya menyediakan tempahan kerana anak semua bekerja di tempat lain,” katanya.

Bapa Haja Mohideen telah memulakan perniagaan tersebut pada 1936, sebelum diambil-alih oleh anaknya selepas meninggal dunia pada  1973.

“Terdapat ramai pembuat songkok di Little India tetapi semuanya orang tua,” katanya, sebelum menambah bahawa perniagaannya sentiasa bagus ketika musim perayaan dan sambutan-sambutan lain.

Tags / Kata Kunci: Haja Mohideen , songkok , Aidilfitri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan