Awas! Suspek Langgar Lari Diburu

Diterbitkan: Sabtu, 10 Jun 2017 9:02 PM

Mangsa langgar lari motosikal suspek.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis sedang menjejaki seorang penunggang motosikal yang didakwa terlibat dalam kes langgar lari membabitkan seorang kanak-kanak lelaki, kata Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaluddin Mohamad.

Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung insiden yang berlaku dekat pusat membeli-belah The Strand, Kota Damansara.

"Itu yang diperkatakan, kita sedang menjejaki suspek," katanya pada Sabtu.

Terdahulu, mStar Online melaporkan seorang pengguna Facebook berkongsi detik cemas itu, insiden membabitkan anak kepada rakan baiknya itu berlaku pada malam, 8 Jun lalu.

Gambar kanak-kanak lelaki dalam keadaan berbalut dan hidung berdarah serta nombor pendaftaran motosikal suspek yang tertanggal di lokasi kejadian turut dimuat naik dan menjadi tular di media sosial.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut diminta untuk menghubungi talian hotline di 03-2052 9999 atau segera melaporkannya di balai polis berdekatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan