Lemang Sushi Inovasi Terkini Juadah Aidilfitri

Diterbitkan: Sabtu, 10 Jun 2017 9:46 AM

(Ubah saiz teks)

LAZIMNYA, Kuala Pilah dikenali dengan pelbagai produk makanan kampung.

Makananan seperti daging salai, itik salai atau ayam salai merupakan permandangan biasa di tepi-tepi jalan sepanjang laluan Seremban - Kuala Pilah.

Namun kini, muncul satu lagi produk yang menambah lagi koleksi makanan kampung di daerah itu, lemang sushi.

Pengusahanya, Zuriati Sulaiman, 50, berkata, dia memulakan produk lemang sushi selepas berjaya mengeluarkan makanan serunding daging, ayam, ikan bilis dan popia simpul sejak 10 tahun lalu.

Mahu melebarkan sayap produk makanannya, dia kemudian menginovasikan produk serundingnya dengan memperkenalkan lemang sushi berintikan serunding menerusi syarikatnya, Awie Enterprise yang ditubuhkan pada 2005.

Boleh dikatakan, Zuriati adalah satu-satunya pengeluar produk berkenaan dalam negara ini, sekali gus mendapat pengiktirafan daripada Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Menurut usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS) dan daerah Kuala Pilah itu, suaminya, Azizi Abd Muin, 55, merupakan ‘orang kuat’ dalam mengeluarkan idea mencipta lemang sushi pada Oktober tahun lalu.

“Kami sebenarnya beberapa kali mencuba untuk mencipta lemang sushi ini, tapi ada saja tidak kena. Tetapi akhirnya berjaya sepenuhnya dan memasarkan produk ini, Januari lalu.

“Kami masih kekalkan cara tradisional dengan menggunakan santan dan beras pulut biasa serta daun pisang bagi mengekalkan rasanya. Tapi, tidak menggunakan bulu, sebaliknya dibakar di dalam ketuhar khas lemang hasil bantuan JPNS dan Mardi. Malah, ia menjimatkan masa,” katanya.

Menurutnya, untuk menembusi pasaran luar daerah, lemang sushi itu dijual berkonsepkan sejuk beku.

“Bila disejuk bekukan, pelanggan dari jauh boleh merasai lemang sushi. Cara memasaknya sangat mudah dengan perlu dimasak semula di dalam secara kukus atau di dalam ketuhar gelombang mikro selama 20 minit," katanya.

Menurutnya, dari segi fizikal, lemang sushi hampir sama dengan lemang biasa yang dibakar menggunakan buluh kerana pulutnya padat dan inti di tengah-tengahnya dimasukkan menggunakan teknik tertentu tanpa bercampur dengan pulut.

“Cuma daun pisang lemang tidak boleh makan, tidak seperti sushi yang bahagian luarnya boleh dimakan,” katanya berseloroh.

Usahawan yang turut dibantu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) turut mendapat pelbagai pengiktirafan anugerah di peringkat kebangsaan dan negeri kerana berjaya mengembangkan serta mempopularkan produk makanan tradisional negeri ini.

Pasangan suami isteri ini juga telah mendapat johan Projek Pengembangan Veterinar Industri Asas Tani Peringkat Kebangsaan 2012, johan serunding ikan bilis pada Hari Peladang Penternak dan Nelayan (HPPNK), Negeri Sembilan 2014 serta juara produk komersial kategori mikro popia mini Maha 2016.

Bagi lemang sushi pula, produk itu dicalonkan bagi kategori inovasi peringkat kebangsaan tahun ini.- Sinar Harian




Tags / Kata Kunci: lemang sushi , Kuala Pilah , Mardi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan