Kes FGV: SPRM Panggil Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 6:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memulakan siasatan berhubung isu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang melibatkan beberapa individu dalam organisasi tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata, pegawai SPRM juga telah menggeledah ibu pejabat FGV pada Khamis dan merampas dokumen-dokumen yang berhubung kait dengan siasatan kes tersebut bagi membantu siasatan.

“SPRM kini dalam proses mengkaji dokumen-dokumen yang dirampas untuk mengumpul bukti-bukti berhubung siasatan tersebut sebelum tindakan lanjut diambil.

“Sehubungan itu, SPRM juga akan mula memanggil saksi-saksi dan individu-individu terlibat bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat.

"Siasatan SPRM tertumpu kepada enam isu yang melibatkan FGV dan kesemua isu itu akan dikaji secara terperinci untuk memastikan sama ada wujudnya unsur rasuah dan salahguna kuasa sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

SPRM turut meminta semua pihak untuk memberikan masa dan ruang kepada pasukan penyiasat dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.



Tags / Kata Kunci: SPRM , FGV

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan