Timbunan Sampah Naik Hingga 25 Peratus Pada Musim Perayaan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 2:02 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jumlah janaan sampah akan meningkat antara 20 hingga 25 peratus lebih tinggi menjelang musim perayaan berbanding hari biasa di Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman) Ir Mohamad Shaiful Anuar Zainal berkata jumlah sampah yang dikeluarkan pada musim perayaan untuk sehari adalah 1,485 tan berbanding 1,216 tan pada hari biasa.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mempertingkat operasi pembersihan menjelang musim perayaan kerana jumlah sampah selalunya bertambah sepanjang Ramadan dan ketika sambutan Aidilfitri.

"Jadual kutipan sampah tetap dijalankan seperti biasa malah dilanjutkan hingga tengah malam bagi memastikan tahap kebersihan pada waktu perayaan berada dalam keadaan terbaik," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohamad Shaiful berkata sebanyak 69,980.9 tan barangan kitar semula dapat dikumpulkan hasil daripada pelaksanaan pengasingan sisa pepejal sepanjang Januari hingga Mei lepas bagi seluruh negeri ini.

"Ini menunjukkan masyarakat mula sedar tentang kepentingan pengasingan sisa dan manfaat yang diperolehi dengan melaksanakannya," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: E-Idaman , sampah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan