Mekap Guna Tepung Baru Tau!

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang jurusolek telah meluahkan rasa kecewanya terhadap seorang pelanggan yang meminta harga 'tak masuk akal' untuk mendapatkan khidmatnya.

Jurusolek berkenaan yang membahasakan dirinya sebagai Dayah telah dituduh meletakkan harga 'cekik darah' oleh pelanggan tersebut, yang kemudian mahu harga perkhidmatan solek untuk hari pernikahannya dikurangkan kepada RM50.

Dayah yang terkejut dengan permintaan itu bagaimanapun membalasnya dengan sopan. Beliau bersetuju dengan kadar RM50, tetapi menggunakan alat mekap bakal pengantin berkenaan.

"Kalau saya ada mekap sendiri saya tak suruh awak mekapkan saya, setakat calit-calit sampai ratus-ratus harga, merepek betul, macam manalah bangsa Melayu nak majukan sesama bangsa, benda sikit pun nak berkira.

"Mekap sekali je, entah tahan ke tidak sampai majlis habis," jawab pelanggan berkenaan yang tidak didedahkan identitinya oleh Dayah.

Dayah yang sering menyolek bakal pengantin di sekitar Negeri Sembilan telah berkongsi paparan skrin perbualan antara mereka untuk memberi pengajaran kepada pelanggan lain yang mahu menggunakan khidmat jurusolek.

Katanya, selain kos alat mekap yang tinggi, pelanggan perlu memikirkan tentang tenaga, kemahiran, kos pengangkutan seseorang jurusolek.

Berikut adalah paparan skrin perbualan penuh yang telah dikongsi oleh Dayah:

Posting yang dibuat oleh Dayah telah menjadi tular dan ramai netizen nampaknya marah dengan pelanggan berkenaan yang mahu perkhidmatan yang baik, tetapi tidak mahu membelanjakan sedikit wang.

Nadya Yusof menulis komen: "Hahahaha tak payah layan, nak RM50 beli bedak pun tak lepas tau..mekap guna tepung baru tau!

HoneyZahirah Haniey pula menulis: "Saya mekap nikah sahaja RM180 tahun 2007, apatah lagi zaman sekarang, mestilah up harga setara dengan kos upah dan barang2 mekap, nak murah, mekap sendirilah, memang jimat."

"RM50 tu, beli lipstick pun tak lepas. 'Fedup' aku tengok minah macam ni!! Dia tak rasa lagi jadi MUA ni. Kau ingat mekap sekarang ni 50 sen, 20 sen!! Masalah betul," tulis Shahrizan Hamzah.

Tags / Kata Kunci: jurusolek , mekap artis

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan