Jangan Kecam Ambo - Peniaga

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  "Jangan kecam ambo."

Demikian luah Mohd Ebbie Shafiran, peniaga arnab panggang di bazar Ramadan di Kampung Guntong, Terengganu yang dikecam hebat netizen gara-gara didakwa menjual kucing bakar susulan gambar hidangan tersebut menjadi tular di laman media sosial.

Menurut Mohd Ebbie, dia hanya menjual daging arnab yang juga makanan halal untuk dimakan umat Islam.

"Ambo jual arnab jah , bare (makanan) halal , buke (bukan) bare haram koksir kokdang (sesuka hati)," tulis Mohd Ebbie di laman Facebooknya.

Reaksi Mohd Ebbie terhadap dakwaan arnab panggang yang dijualnya.

Pada Khamis, netizen dikejutkan dengan dua keping gambar yang dikongsi pengunjung di bazar Ramadan tersebut.

Ada di antara netizen tidak dapat meneka hidangan tersebut sehingga menganggap makanan eksotik yang dijual itu menyerupai kucing dan juga anak anjing.

Namun dek kuasa viral itu, perniagaan arnab panggang Mohd Ebbie semakin mendapat sambutan.

Malah dia turut meminta maaf kepada pelanggan kerana stok arnab panggangnya sudah habis ditempah.

Katanya, pelanggan perlu menunggu pada Ahad atau Isnin untuk menikmati hidangan tersebut.

"Terima kasih kepada yang sudi viralkan arnab panggang ambo, cuma ambo nak minta maaf. Kalau sape-sape gi gerai ambo untuk dua hari ni, memang tak de stok, esok punya semua orang dan booking," katanya.

Mohd Ebbie berkata, stok arnab panggang sudah tiada kerana semuanya telah ditempah pelanggan.

"InsyaAllah lepas ni ambo cuba bakar setiap hari atas permintaan. Tq blako-blako, jom kita makan arnab. Taknak kepala boleh beritahu," selorohnya.


Tags / Kata Kunci: arnab panggang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan