Gangguan Seksual: Diplomat Asing Berdepan Tindakan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri telah menerima maklumat melalui sumber kedua bahawa terdapat rakyat Malaysia telah diganggu secara seksual oleh beberapa diplomat asing.

Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan secara rasmi dikemukakan kepada kementerian, atau ke Jabatan Protokol yang mengendalikan hal ehwal Perwakilan asing di Malaysia.

Kementerian memandang serius tuduhan gangguan seksual ini, terutamanya yang melibatkan kor diplomatik di Malaysia.

Mana-mana individu yang menjadi mangsa jenayah oleh mereka yang dilindungi di bawah Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 perlu menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengemukakan aduan kepada Kementerian Luar Negeri.

Selain daripada talian telefon selepas waktu pejabat, individu berkenaan juga boleh menggunakan saluran emel webmaster@kln.gov.my untuk menyampaikan aduan mereka.

Kementerian memberi menjamin bahawa walaupun ada kekebalan, namun masih terdapat jalan penyelesaian yang dapat memelihara kepentingan pengadu.

Kementerian akan menyusul tindakan ke atas tuduhan yang serius ini hingga ke penyelesaiannya.


Tags / Kata Kunci: Kementerian Luar , Jabatan Protokol

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan