Bincang Dahulu, Baru Umum - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 8:44 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan berdiam diri berkaitan dengan calon perdana menteri untuk Pakatan Harapan.

Menurutnya, jika pemimpin Pakatan Harapan berterusan dengan isu ini, implikasinya adalah pada pengundi.

"Selagi tak capai kata sepakat, elok tidak keluar apa-apa kenyataan kerana ia boleh jejaskan keyakinan pengundi.

"Rakyat sekarang mahukan pemimpin yang boleh memimpin negara, tidak kira individu daripada mana-mana parti pun, asalkan layak, tentu disokong," katanya ketika sidang media PPBM, Khamis.

Terdahulu, Pakatan Harapan belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai calon perdana menteri sekiranya mereka menang dalam PRU14.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pemilihan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri adalah cadangan di peringkat PKR sahaja.

Selain itu, Muhyiddin meminta supaya tidak ada sikap mementingkan parti berbanding rakyat.

"Pemimpin tidak boleh bersikap pentingkan parti melebihi rakyat kerana apa yang rakyat inginkan adalah lebih penting daripada apa yang parti mahukan," katanya lagi. -Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: calon PM , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan