Kesempurnaan Aku Negaraku

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 4:37 PM

Elysia Damaris Ghazali,15, Phoebe Yoe Suet Li,15, M. Hemavarshini,15, Ilman Zuhairi Sazali,15, dan Mohammed Sader Kaji Merican, 15, pada majlis pelancaran 'Aku Negaraku' di SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, pada Mei lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Berteraskan rasa cinta yang mendalam kepada negara, video muzik Aku Negaraku telah diumumkan sebagai lagu tema inisiatif kepada lagu Negaraku.

Diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lagu ini bertujuan mencetuskan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, mengetepikan perbezaan sesama rakyat dan membangkitkan semangat perpaduan dalam mencapai matlamat membangunkan Malaysia sebagai negara yang lebih makmur dan berjaya.


Ia disampaikan oleh penyanyi tempatan popular, Hafiz Suip dan Jaclyn Victor, dan merupakan lagu gubahan moden dan kontemporari, dengan rentak ceria, meriah dan mengujakan.

Liriknya yang mudah diingati dan dinyanyikan bersama-sama, mampu memupuk perasaan kasih yang mendalam kepada negara.

Ia juga dapat membangkitkan rasa bangga dan membuatkan kita berterima kasih kepada negara aman ini yang dapat dipanggil 'tanah air'.

Aku Negaraku merupakan peringatan bahawa kita adalah individu yang memainkan peranan penting dalam membina sebuah negara yang berjaya mengekalkan kemerdekaannya.

Semua 31 juta rakyat Malaysia mempunyai peranan penting dalam menyumbang ke arah pembangunan dan kejayaan negara.

Video muzik ini telah juga dihasilkan dengan menggunakan teknologi robotik, yang merupakan satu pendekatan baharu yang digunakan di Malaysia.

Untuk terus menghidupkan inisiatif Negaraku, rakyat digalakkan untuk berkongsi dan menyebarkan video ini yang juga mampu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Klip Aku Negaraku boleh dilihat di www.negaraku.com dan di televisyen tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Aku Negaraku , patriotik

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan