Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 9:07 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menubuhkan satu unit khas bagi melaporkan terus dua perkara yang berkait dengan kematian seorang Pegawai Kadet Laut baru-baru ini, kepada beliau.

Hishammuddin berkata unit itu diketuai Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor merupakan tambahan kepada lembaga siasatan yang diwujudkan sebelum ini selain daripada siasatan polis.

Katanya, dengan penubuhan unit itu, beliau berharap dapat menemu bual sendiri rakan-rakan Allahyarham serta meneliti perkara-perkara yang perlu ditambah baik dalam sistem latihan dan pengurusan pelatih di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tanpa  ada sebarang karenah birokrasi.

"Saya tidak hadkan hanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sesiapa sahaja yang ada maklumat, boleh membantu kita dalam dua perkara ini iaitu membawa pesalah ke muka pengadilan serta melihat kepada apa yang perlu kita tambah baik dan perbetulkan supaya kejadian ini tidak berulang," katanya.

Beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata unit tersebut juga akan memastikan tiada sesiapa terkecuali dalam proses mencari kebenaran kes termasuk para pensyarah yang mengetahui kes.

"Ia adalah berterusan, yang penting kita mahu mencari kebenaran dan kita tidak boleh menetapkan masa untuk mencari kebenaran.

"Bagi saya, secara peribadi, semua tahu sejak saya menjadi Menteri Pelajaran lagi, kes-kes sebegini saya betul-betul mengambil serius," katanya yang baru menyedari Allahyarham mempunyai ikatan kekeluargaan bersama keluarganya.

Sementara itu, dalam kenyataan yang turut diedarkan kepada media ketika lawatan itu, Hishammuddin memberitahu beliau ketika ini sedang menunggu laporan siasatan daripada Lembaga Penyiasatan Khas yang ditubuhkan oleh ATM bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Beliau juga mengarahkan pihak ALK agar mengambil tindakan menggantung kesemua 32 pegawai kadet yang terlibat, sementara menunggu proses siasatan selesai.

Kesemua mereka ini juga akan dipecat daripada perkhidmatan ALK jika didapati bersalah menyembunyikan jenayah kekerasan terhadap Allahyarham daripada pengetahuan pihak atasan.

Malah, jika terdapat mana-mana pegawai dan kakitangan sama ada di ALK atau UPNM yang turut mengetahui kejadian tetapi tidak mengambil tindakan sewajarnya, atau wujud unsur kecuaian dalam melaksanakan tugas, maka mereka juga harus bertanggungjawab termasuk dipecat daripada perkhidmatan, tambahnya.

"Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melakukan rombakan terhadap pengurusan dan pentadbiran UPNM susulan kejadian ini.

"Selain itu, saya ingin mengingatkan mana-mana pihak yang berkepentingan agar jangan sesekali mengeksploitasikan isu ini demi kepentingan politik serta memenuhi agenda peribadi.

"Ia termasuk menabur fitnah serta mengesyorkan tindakan berteraskan nafsu dan hasad dengki terhadap pensyarah, kepimpinan tertinggi universiti atau mana-mana individu tanpa sebarang justifikasi kukuh dan bersifat semberono," katanya dalam kenyataan tersebut.

Zulfarhan Osman, 21, penuntut tahun ketiga Jurusan Kejuruteraan Elektrik, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lepas akibat kesan lebam dan melecur di badan, dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Siasatan awal polis mendapati wujud unsur penderaan hingga menyebabkan kematian. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Zulfarhan Osman , UPNM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan