Netizen Terkejut Tengok Juadah Berbuka!

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

BAZAR Ramadan memang lokasi yang pasti diserbu setiap hari menjelang waktu berbuka kerana hampir semua makanan dijual di situ.

Di situ jugalah anda mungkin akan bertemu dengan makanan pelik, yang langsung anda tidak pernah lihat sebelum ini.

Contohnya arnab goreng, yang gambarnya telah dikongsi di Facebook oleh seorang pengunjung bazar Ramadan di Kampung Guntong, Terengganu.

"Makanan eksotik pun ada di kampung ambo nih.. ore kato sedap ..try beli sekor.. wak mapuh doh.. di bazar Ramadhan Kg Guntong.. gerai Mohd Ebbie Shafiran," tulis Muhammad Iskandar.

Dua keping gambar yang dimuat naik itu telah menarik minat netizen yang rata-rata terkejut dan tidak dapat meneka apa yang dijual.

Berdasarkan komen, ia adalah arnab yang digoreng.

"Arnab. Sebab kaki belakang lebih besar dari kaki depan," tulis Tajuddin Al Hammam.

Kamarul Azram menulis: "Dah tentu binatang ni halal dimakan sebab jual kat Malaysia, lepas tu orang Islam jual tapi ada yang masih tanya kucing ke tu...hahahahaaaa lawak la."

Dalam pada itu ada juga yang menyarankan agar si penjual memotong kepala arnab ini sebelum dijual kepada pelanggan.

Tak kurang juga yang 'tak sampai hati' untuk makan haiwan ini walaupun ia halal dan telah disembelih.

Tags / Kata Kunci: arnab goreng , bazar Ramadan

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan