Lapan Jam 'Geledah' Pejabat FGV

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 9:15 PM

Pegawai dan anggota SPRM membawa beberapa kotak dipercayai dokumen berkaitan siasatan terhadap urus niaga tertentu oleh anak syarikat FGV Delima Oil Produk Sdn Bhd di Menara Felda pada Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepasukan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil masa selama lapan jam bagi menyelesaikan urusan mengambil dokumen-dokumen di pejabat Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad di tingkat 45 bangunan Menara Felda di sini Khamis.

Pasukan 25 orang itu tiba di perkarangan bangunan itu, yang juga menempatkan ibu pejabat FGV pada pukul 10 pagi Khamis dan meninggalkan bangunan itu dengan membawa keluar beberapa kotak serta beg dokumen pada pukul 6 petang.

Difahamkan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung proses pengambilan dokumen itu dalam masa terdekat.

Pada Rabu, Zakaria tampil di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dengan berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV dan beliau memberi keterangan kepada suruhanjaya itu antaranya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products.

Selasa lepas, Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar telah juga diminta bercuti.

FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV pada 1 April tahun lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FGV , SPRM

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan