FGV: Idris Jala Kunci Mulut

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 6:30 PM

Idris hadir ke Menara Felda pada Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata beliau dalam proses mengumpulkan maklumat sebelum mengambil tindakan lanjut ke arah menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

"Masih lagi mengumpul semua maklumat. Setakat ini kami tidak menubuhkan sebarang jawatankuasa," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita di lobi utama Menara Felda di sini Khamis.

Kerajaan pada Rabu melantik Idris sebagai pihak berkecuali untuk mengumpul fakta kes dan membuat cadangan penyelesaian susulan keputusan FGV mengarahkan empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad untuk bercuti.

Idris dilihat tiba di Menara Felda yang menempatkan ibu pejabat FGV pada 2.33 petang dan beredar pada kira-kira 3.40 petang.

Sekumpulan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat memasuki Menara Felda pada kira-kira 10 pagi dan masih berada di lokasi itu setakat 5 petang Khamis.

Selain Zakaria, turut diarahkan bercuti pada Selasa ialah Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Abd Karim.

Pada Rabu, Zakaria tampil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberikan keterangan berkaitan FGV kepada badan itu yang kini meneliti isu berkenaan.

FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV pada 1 April tahun lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FGV

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan