Rapid Rail Tangguh Khidmat Tren

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengendali monorail berkata, penggunaan tren empat gerabak ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Menurut kenyataan pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Zohari Sulaiman berkata, keputusan penangguhan itu dibuat selepas beberapa risiko dikesan boleh membahayakan pengguna pengangkutan awam tersebut.

“Kereta api tersebut telah dihantar kepada pembekal, Scomi, untuk tujuan pemeriksaan dan dibaikpulih,” katanya sambil menambah pihaknya telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkenaan situasi tersebut.

Menurut Zohari, susulan itu juga hanya kereta api dua gerabak sahaja yang akan beroperasi dengan frekuensi lapan minit.

Katanya lagi, perkhidmatan kereta api monorail akan disokong  dengan penyediaan bas ulang alik yang khusus oleh bus Rapid KL, yang akan membawa penumpang ke stesen monorail dari pagi hingga lewat petang pada hujung minggu.

“Jika perlu, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya, kami akan berusaha untuk menyediakan khidmat bas ulang-alik lebih kerap.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan berharap pengguna dapat bersabar sehingga masalah ini selesai,” katanya.

Zohari berkata, berikutan itu, beliau menyarankan agar pengguna dapat menggunakan pengangkutan seperti Transit Aliran Ringan (LRT), taxi atau pengangkutan awam lain untuk ke Segitiga Emas Kuala Lumpur.

"Pulangan wang akan diberikan jika penumpang membuat keputusan untuk tidak menaiki kereta api dan keluar dari stesen kerana penangguhan lebih dari 15 minit," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Zohari , Rapid Rail

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan