Penjawat Awam Sabah Terima 'Duit Raya' RM500 - Berita Semasa | mStar

Penjawat Awam Sabah Terima 'Duit Raya' RM500

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seramai 17,480 penjawat awam Sabah akan menerima bayaran khas sebanyak RM500 sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata kerajaan negeri memutuskan untuk memberi bayaran khas itu sejajar keputusan kerajaan pusat pada 2 Jun lepas.Beliau berkata pembayaran akan dibuat serentak dengan gaji bulan Jun iaitu pada 16 Jun ini.

"Bayaran Khas Kewangan ini bertujuan untuk meringankan beban dan kos sara hidup penjawat Perkhidmatan Awam Negeri bagi menghadapi persediaan Aidilfitri.

"Bayaran Khas Kewangan ini juga merupakan penghargaan kerajaan negeri atas sumbangan dan dedikasi penjawat awam negeri dalam melaksanakan tugas-tugas mereka demi kesejahteraan negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, implikasi kewangan terlibat untuk pembayaran Bayaran Khas Kewangan adalah sebanyak RM8,740,000.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Penjawat Awam
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan