TH Rancang Bina Kompleks Di Makkah, Madinah

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Lembaga Tabung Haji merancang untuk membina kompleks Tabung Haji di di Makkah dan Madinah bagi memudahkan jemaah Malaysia berkumpul serta menunaikan ibadah haji dengan lebih selesa.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata perkara itu disuarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ketika lawatan rasmi baginda ke Malaysia, Februari lalu.

Katanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah ke Makkah bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembinaan kompleks tersebut.

"Perkara ini masih di peringkat perbincangan dan masih belum ada sebarang keputusan dibuat kedua-dua pihak melibatkan pembinaan kompleks itu.

"Namun, saya percaya dengan hubungan akrab antara Perdana Menteri dan Raja Salman, kita mungkin akan dapat membina kompleks itu di Makkah dan Madinah secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan dalam Program Ziarah Kasih Al-Mubarak 2017 di sini, Rabu.

Terdahulu, seramai 1,000 asnaf terdiri daripada kalangan orang kurang upaya (OKU), fakir miskin dan warga emas menerima sumbangan berjumlah RM300 setiap seorang.

Abdul Azeez berkata pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana sanggup bertungkus-lumus untuk memastikan pembinaan kompleks itu direalisasikan.

"Dapat atau tidak itu perkara kedua, namun komitmen yang ditunjukkan oleh perdana menteri membuktikan keprihatinan beliau bagi memastikan jemaah kita dapat menunaikan haji dengan lebih selesa," katanya.  -- Bernama


Tags / Kata Kunci: TH , Makkah , Madinah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan