CEO FGV Mahu Kata Putus - Isa Atau Saya?

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 9:08 AM

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (kiri) dan Datuk Zakaria Arshad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemelut di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) semakin memuncak apabil Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zakaria Arshad meminta pemegang saham memutuskan sama ada beliau atau pengerusi Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang harus meninggalkan salah sebuah syarikat perladangan senaraian awam terbesar di dunia itu.

"Dalam keadaan ini, saya tidak boleh terus bekerja di FGV. Pemegang saham perlu buat keputusan...sama ada Isa atau saya (tinggalkan FGV)," katanya kepada StarBiz dalam satu temu bual beberapa jam selepas menerima surat arahan bercuti sementara menunggu siasatan berkaitan syarikat subsidiari FGV.

"Bagaimana mahu bekerja jika dia (Isa) masih ada?," tanya Zakaria, yang menerima surat tersebut, Selasa.

"Pemegang saham boleh memilih salah seorang, mereka boleh buat keputusan," katanya sambil menambah surat itu tidak menyatakan berapa lama beliau harus bercuti.

Zakaria juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan salah laku dalam FGV dan berkata beliau suka jika pihak di sebalik kontrak disiasat.

"Di atas kertas, segala-galanya adalah di atas lembaga pengarah. Saya menjemput SPRM untuk menyiasat...siapa di belakang semua tawaran, siapa orang yang memberikan kontrak, syarikat mana dan mengapa hanya syarikat-syarikat ini mendapat kontrak," katanya.

Isa pada sidang akhbar yang penuh sesak di sini memberitahu bahawa keputusan untuk meminta Zakaria bercuti bagi membolehkan pasukan audit dalaman FGV terus menyiasat dakwaan salah laku melibatkan jutaan ringgit daripada Delima Oil-Safitex, termasuk kelalaian dalam pembayaran.

Menurutnya, siasatan terhadap Zakaria dijalankan susulan daripada hasil siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

Zakaria dilantik sebagai CEO pada 1 April tahun lepas.

Bagaimanapun, Mohd Isa berkata siasatan itu tidak mempunyai tempoh masa tertentu.

"Hasil siasatan awal berapa bulan lalu mendapati ada salah laku urus niaga dengan Delima Oil Products Sdn Bhd dan Safitex dan lembaga pengarah mencadangkan beliau letak jawatan supaya (perkara ini) tidak menjadi isu besar. Tetapi dia tak nak," katanya.

Mohd Isa juga berkata FGV terbuka untuk berkerjasama dengan SPRM bagi siasatan.

FGV dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia berkata cuti Zakaria bermula 6 Jun sementara menunggu siasatan dijalankan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga digesa mengambil cuti susulan siasatan tersebut.

Pada 12.04 tengah hari Selasa, harga saham FGV turun tujuh sen kepada RM1.66 dengan 27.12 juta saham diniagakan.

Dagangan saham syarikat itu telah dihentikan pada 12.05 tengah hari dan disambung semula pada 2.30 petang.

Mohd Isa berkata keputusan untuk memberikan Zakaria surat penggantungan kerja adalah bagi membolehkan FGV menjalankan siasatan tanpa gangguan dan bukan untuk menyembunyikan sesuatu.

Ditanya samada keputusan itu dibuat tergesa-gesa, beliau berkata ia telah lama berlaku dan dibuat setelah mengambil kira pandangan pihak lembaga pengarah.

"Lembaga berpandangan elok kita ambil tindakan supaya kita (FGV) tak dituduh melindungi (salah laku). Kita bukan syarikat Sdn Bhd, kita syarikat senaraian awam.

"Kalau dia rasa tak betul dia boleh lapor kepada SPRM. Apa salahnya. Dia (SPRM) nak siasat tiada siapa boleh halang. Kita akan beri kerjasama," kata Mohd Isa.

Tags / Kata Kunci: FGV , Datuk Zakaria Arshad , Isa Samad

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan