'Bakal Orang Paling Kaya Di Dunia' Ditahan Di Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 10:42 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lelaki yang mengisytiharkan dirinya sebagai 'bakal orang paling kaya di dunia', Zhang Jian, telah ditangkap di Indonesia dan dihantar pulang ke China untuk berdepan tindakan undang-undang.

Jian, atau nama sebenarnya Song Miqiu, dipercayai menjadi dalang di sebalik beberapa skim cepat kaya di China, Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Laman web www.ysmwxb.com tentang 'skim duit syiling' yang diperkenalkannya kini sudah tidak boleh diakses dan lebih 5,000 rakyat Malaysia dengan pelaburan RM17.5 juta kini terkapai-kapai, lapor Oriental Daily.

Sin Chew Daily melaporkan bahawa menurut media tanah besar China, polis mengesan Jian dengan bantuan daripada rakan-rakan di Indonesia dan Kedutaan China di negara itu.

Dia telah dibawa pulang ke China, Selasa.

Siasatan polis China mendedahkan bahawa Jian telah menubuhkan sebuah syarikat perdagangan, Yun Shu Mao dengan rakannya pada November 2012 bagi skim pemasaran pelbagai peringkat secara haram, yang melibatkan sehingga 600 juta yuan (RM376.63 juta).

Polis di wilayah Hunan, China mula menyiasat Jian dan rakan-rakannya pada Disember 2013, lapor Sin Chew.

Jian segera melarikan diri tetapi terus melakukan aktiviti haram di Asia Tenggara.

Dia menjadi tajuk berita utama dalam media Malaysia pada tahun 2014 apabila papan iklannya muncul di Pulau Pinang, mengisytiharkan dirinya sebagai 'bakal manusia terkaya di dunia'.

Dia juga menghadiahkan kereta mewah kepada 'pengedar bertuah'nya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kemudian melancarkan siasatan ke atas syarikat Jian tetapi dia melarikan diri ke Thailand.

Pada 27 Oktober 2014, polis Thai menahan Jian, isterinya Yoyo Wang Wen Fang, 29, dan orang kanannya Geng Lian Bao berhubung skim piramid dan merampas aset bernilai 240 juta baht (RM30 juta).

Selepas dibebaskan pada 2016, beberapa penyokong mendakwa bahawa dia masih berada di Thailand tetapi lokasi sebenar dirinya ketika itu adalah misteri.

Polis China beberapa kali menghantar pegawai mereka untuk mengesan dirinya dan juga mengeluarkan amaran merah Interpol terhadap Jian pada Mac 2016.

Mereka juga memohon kerjasama daripada pihak polis di Thailand, Malaysia dan Indonesia untuk menyiasat aktiviti Jian.

Baru-baru ini, Jian dilihat membuat kemunculan semula di Malaysia dengan menggalakkan Wu Xin Bi, duit syiling yang didakwa mempunyai nilai pelaburan di Internet.

Tags / Kata Kunci: skim cepat kaya , Zhang Jian

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan