Pelajar Tahfiz Makin Stabil

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 5:42 PM

Keadaan kenderaan yang meragut nyawa tujuh pelajar tahfiz selepas terbabas sebelum terjatuh ke dalam cerun dan merempuh sebuah rumah penduduk di Kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kampung Telekung pada Jumaat lalu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Keadaan tiga pelajar Maahad Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai dekat sini yang cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan tujuh rakan mereka di Km55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong pada Jumaat lepas, kini semakin stabil.

Mudir maahad berkenaan, Mohd Azam Tarmizi berkata, tiga pelajar terbabit iaitu Ahmad Syakir Azfar Abd Rahim, 16, yang dirawat di Hospital Kuala Krai; Muhammad Faiz Hafizuddin Mohamad Izahir, 16, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Muhammad Nur Haikal Fauzi, 14, yang mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

"Tiga lagi mangsa yang berada dalam van berkenaan, Mohamad Aidil Ismail, 14, Muhamad Syuwari Mana Sikana, 14, dan Muhammad Izzat Mohamad Nor, 24, sudah dibenarkan keluar hospital," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau berkata, ustaz pengiring yang sebelum ini dirawat di Hospital Machang iaitu Muhammad Hamzi Muhammad Husham, 24, juga sudah dibenarkan keluar hospital.

Katanya, guru itu diberikan cuti rehat akibat trauma dengan kejadian berkenaan dan akan dibenarkan bertugas selepas keadaannya benar-benar pulih.

Pada Jumaat lepas, 12 pelajar maahad tahfiz berkenaan yang dalam perjalanan untuk menghadiri program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan Kota Bharu di sini, berdepan saat mengerikan apabila van yang dinaiki terbabas dan merempuh sebuah rumah di Km55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, tujuh pelajar tahfiz termasuk seorang berasal dari Thailand, terbunuh dengan lima daripadanya maut di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Kuala Krai.  - Bernama

Tags / Kata Kunci: pelajar tahfiz , kemalangan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan