FGV: SPRM Sahkan Terima Maklumat

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima maklumat berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM DatuK Azam Baki ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti dahulu maklumat yang diterima sebelum mengambil tindakan lanjut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat yang telah disalurkan tersebut.

Azam menegaskan, SPRM akan meneliti maklumat-maklumat tersebut dan akan mengenalpasti sama ada wujud  unsur rasuah dan salah guna kuasa.

"SPRM juga akan meminta Datuk Zakaria Arshad (Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV), untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat bagi mendapat maklumat lanjut," ujar beliau.

Azam berkata, SPRM telah menerima beberapa maklumat sebelum ini berhubung isu yang sama, walau bagaimanapun siasatan hanya akan tertumpu kepada isu salah guna kuasa serta rasuah dan bukannya isu peribadi pemberi maklumat.

Dilaporkan, Zakaria telah diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta oleh lembaga pengarah syarikat.

Turut dilaporkan, arahan bercuti itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Tags / Kata Kunci: FGV , rasuah , SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan