Apa Khabar Pelajar Malaysia Di London

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 12:21 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kebanyakan pelajar Malaysia di London berhubung menggunakan grup WhatsApp bagi mengetahui keadaan rakan-rakan lain selepas berita serangan London di tiga lokasi baru-baru ini.

Pelajar Malaysia di London, Asyraf Afnan Ahmad Murtadza, 33, berkata, setakat Isnin, perkhabaran mengenai rakyat Malaysia di sana difahamkan mereka berada dalam keadaan selamat.

"Bila insiden ini berlaku, semua pelajar di sini berhubung bertanya khabar masing-masing, dan jalan terpantas adalah melalui WhatsApp.

"Dan satu perkara, mungkin nasib menyebelahi pelajar kita kerana pada masa kejadian, kebanyakan sudah balik bercuti musim panas dan semua berada dalam keadaan selamat," katanya kepada Sinar Online menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, Asyraf yang merupakan penuntut Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi di King's Kolej, berkata, perkembangan mengenai insiden itu menampakkan pihak berkuasa London masih menjalankan siasatan.

"Setakat ini masih seperti semalam, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan," katanya lagi.

Terdahulu, dalam insiden itu, seorang penuntut Malaysia di London berkongsi detik mencemaskan dalam serangan keganasan yang mengakibatkan tujuh terbunuh dan hampir 50 cedera.

Siti Farhana Sheikh Yahya, 24, berkata, dia sedang berada di rumahnya dekat Jambatan London apabila dia mendengar keadaan huru-hara di bahagian luar.

Star Online memetik Siti Farhana, yang berasal dari Shah Alam sebagai berkata, terdapat beberapa kenderaan polis di tempat kejadian dan dia boleh mendengar segalanya.

Dia mendapat tahu bahawa satu serangan pengganas telah berlaku betul-betul di luar apartmen tempat dia tinggal.

Rumah Siti Farhana terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari Jambatan London dan Borough Market, dua lokasi di mana berlakunya serangan.

“Semuanya berlaku betul-betul di depan rumah saya. Sekarang ada kereta polis dan dari tempat saya ini, semuanya dapat didengar,” katanya.

Dalam insiden malam semalam, media antarabangsa melaporkan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam serangan keganasan di Jambatan London dan Borough Market lewat.

Laporan juga menyebut, tiga suspek serangan ditembak mati polis.

Serangan itu berlaku hampir dua minggu selepas seorang penyerang bunuh diri mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 maut pada konsert di Arena Manchester.

Tiga lelaki kemudian keluar dari van tersebut dan berlari ke arah Borough Market. Mereka mula menikam orang ramai yang sedang berhibur pada malam minggu.- Sinar Harian



Tags / Kata Kunci: Borough Market , London

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan