Insiden Tebusan: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 9:49 PM

Polis mengawal situasi di apartmen tersebut.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wisma Putra pada Selasa mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan dan tebusan di Melbourne, Australia pada Isnin.

Dalam satu kenyataan di sini, Wisma Putra turut mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu yang dilakukan oleh Yacqub Khayre, 29, dari Roxburgh Park.

Sebelum ini dilaporkan suspek mempunyai sejarah keganasan dan dibebaskan daripada pembabitan dalam plot keganasan Holsworthy pada 2009.

Lelaki itu terbunuh dalam kejadian pada Isnin yang menyaksikannya menjadikan seorang wanita sebagai tebusan selain membunuh seorang lelaki yang dipercayai warga Australia berketurunan Cina yang juga pekerja di Buckingham Serviced Apartments di Brighton.

Suspek dipercayai menjadikan wanita itu sebagai tebusan selepas mengatur pertemuan menerusi perkhidmatan pengiring di pangsapuri terbabit. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Wisma Putra , drama tebusan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan