Siasatan Ke Atas CEO FGV Libatkan Jutaan Ringgit

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 5:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang telahpun diarahkan bercuti melibatkan jutaan ringgit, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Menurutnya, siasatan terhadap Zakaria dijalankan susulan daripada hasil siasatan yang telah dilakukan oleh syarikat audit, PricewaterhouseCoopers yang tidak boleh dinyatakan kepada umum.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 April tahun lepas.

Bagaimanapun, Mohd Isa berkata siasatan itu tidak mempunyai tempoh masa tertentu.

"Hasil siasatan awal berapa bulan lalu mendapati ada salah laku urus niaga dengan Delima Oil Products Sdn Bhd dan Safitex dan lembaga pengarah mencadangkan beliau letak jawatan supaya (perkara ini) tidak menjadi isu besar. Tetapi dia tak nak," katanya dalam satu sidang akhbar tergempar, di sini, Selasa.

Mohd Isa juga berkata FGV terbuka untuk berkerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan.

FGV dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia berkata cuti Zakaria bermula 6 Jun sementara menunggu siasatan dijalankan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar juga digesa mengambil cuti susulan siasatan tersebut.

Pada 12.04 tengah hari, harga saham FGV turun tujuh sen kepada RM1.66 dengan 27.12 juta saham diniagakan.Dagangan saham syarikat itu telah dihentikan pada 12.05 tengah hari dan disambung semula pada 2.30 petang.

Mohd Isa berkata keputusan untuk memberikan Zakaria surat penggantungan kerja adalah bagi membolehkan FGV menjalankan siasatan tanpa gangguan dan bukan untuk menyembunyikan sesuatu.

Ditanya samada keputusan itu dibuat tergesa-gesa, beliau berkata ia telah lama berlaku dan dibuat setelah mengambil kira pandangan pihak lembaga pengarah.

"Lembaga berpandangan elok kita ambil tindakan supaya kita (FGV) tak dituduh melindungi (salah laku). Kita bukan syarikat Sdn Bhd, kita syarikat senaraian awam.

"Kalau dia rasa tak betul dia boleh lapor kepada SPRM. Apa salahnya. Dia (SPRM) nak siasat tiada siapa boleh halang. Kita akan beri kerjasama," kata Mohd Isa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FGV

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan