Tiada Kutipan Derma Kurma Banduan – Penjara

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 9:24 AM

Kurma - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bukan RM1 atau RM2, tetapi RM10 sumbangan derma yang diminta untuk membeli kurma buat banduan, dalam satu mesej yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook sejak minggu lalu.

Mesej daripada seorang individu yang mendakwa mewakili Penjara Seremban itu menyebut sumbangan kurma diperlukan untuk lebih 988 banduan lelaki di penjara tersebut.

Bagaimanapun Pengarah Penjara Seremban, Muhammad Nazri Nasrudin menafikan sekeras-kerasnya berhubung dakwaan terdapat individu atau syarikat yang mewakili penjara itu bagi tujuan memohon sumbangan kurma buat penghuni.

“Pengurusan Penjara Seremban tidak pernah berhubung atau mengenali pihak yang mengeluarkan dan menghebahkan kenyataan tersebut melalui aplikasi media sosial.

“Kami kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama Penjara Seremban khususnya dan Jabatan Penjara Malaysia dalam aktiviti memohon sumbangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mesej kutipan derma yang tersebar di WhatsApp dan Facebook sejak minggu lalu.

Sejak minggu lalu, tular mesej ‘Sebiji Kurma Mengukir Senyuman’ yang meminta sumbangan sekurang-kurangnya sekotak kurma bernilai RM10 untuk banduan di Penjara Seremban.

Mesej itu mendakwa sumbangan tersebut diperlukan berikutan kerajaan tidak lagi menampung perbelanjaan pihak penjara.

“Alhamdulillah, setakat ini 50 kotak kurma sudah terkumpul,” dakwa mesej itu lagi sambil menyertakan nombor akaun bank dipercayai milik sebuah syarikat yang kononnya akan membeli kurma berdasarkan hasil sumbangan tersebut.

Muhammad Nazri berkata, pihak penjara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan nama Penjara Seremban.

Tambah beliau, tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya mencemarkan integriti dan nama baik jabatan berkenaan.

“Pengurusan Penjara Seremban ingin menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru berhenti menyebarkannya kepada orang lain,” kata Muhammad Nazri.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan