'Beli Ayaq Percuma Lebah'

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 11:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ini bukan terapi sengatan lebah mahupun pertunjukan serangga tetapi gerai menjual minuman teh bunga di bazar Ramadan.

Bukan orang sahaja yang beratur untuk membeli minuman semasa berbuka puasa, malah ribuan lebah juga datang mengerumuni gerai ini.

Dua video dan dua gambar yang dikongsikan pengguna Facebook, Ridzuan Rahman menunjukkan gerai teh bunga itu dipercayai beroperasi di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di Alor Setar, Kedah.

Mungkin segelintir yang melihat keadaan itu berasa gerun kerana sengatan lebah berbisa, tetapi ia menarik perhatian orang ramai untuk datang membeli.

Menurut Ridzuan di Facebook, teh bunga tersebut diberi nama ‘Teh Bunga Legend’, sambil menambah tarikannya adalah gerai berkenaan sentiasa didatangi lebah.

“Tarikannya adalah lebah yang sentiasa ada. Beli ayaq (air) percuma lebah,” katanya secara berseloroh. 

Video dan gambar yang dimuat naik Ridzuan di laman sosial sejak Ahad telah dikongsi sebanyak lebih 9,000 kali dan mendapat lebih 2,900 tanda ‘suka’ (like). 

Menurut seorang pengguna Facebook, lebah banyak disebabkan peniaga terbabit tidak menggunakan gula tetapi madu. 

Seorang pengguna Facebook, Damia Danial berkata: “Sedangkan yang tukang jual pun tak kena sengat, gambar orang yang beratur pun tak ada yang huru-hara, relaks saja. InsyaAllah, tak kan ada apa-apa... Pasti sedap sebab lebah memang suka yang bersih dan manis.”

Ada yang berjenaka seperti Haniey Misya: “Kena banyak bersabar kalau nak beli. Nak buka mulut pun tak berani, takut lebah masuk mulut, haha.”

Nampaknya macam-macam strategi untuk menarik orang membeli, semoga masing-masing dimurahkan rezeki berniaga di bulan Ramadan ini.

Tags / Kata Kunci: Air Teh Lebah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan