Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab Dibentang Julai Depan

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 8:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat bagi mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grab menggunakan aplikasi e-hailing (e-panggilan) dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Julai depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata pindaan akta itu bertujuan memastikan semua aspek operasi dan prosedur perkhidmatan itu berjalan lancar serta dapat dikawal selia oleh kerajaan.

"Kita sedang dalam proses menyelaras e-hailing bagi bacaan kali kedua yang akan dibentang dalam sesi Parlimen akan datang pada Julai. Kita telah membuat bacaan kali pertama pada April.

"Apabila kita mempunyai undang-undang itu, maka kita boleh meletak terma dan syarat kita kepada mereka. Pada ketika ini kita tidak boleh buat apa-apa lagi," katanya.

Beliau berada di Wisma Bernama di sini bagi menyerahkan bungkusan juadah berbuka kepada petugas media Bernama.

Pada 4 April lepas, Nancy membentangkan rang undang-undang mengenai perkhidmatan e-hailing yang bertujuan memastikan pengendali perkhidmatan e-hailing mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan tertinggi.

Nancy berkata apabila peraturan e-hailing diluluskan Parlimen kelak, kesemua pemandu e-hailing perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan akan tertakluk kepada pemeriksaan latar belakang yang ketat dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Mengenai perkhidmatan GrabCar yang dipilih sebagai penyedia pengangkutan rasmi Sukan SEA KL2017, beliau berkata peluang tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyedia perkhidmatan tempahan pengangkutan terkemuka di Asia Tenggara itu.

"Peluang yang diberikan ini akan membolehkan mereka (Grabcar) memberikan perkhidmatan pengangkutan bukan sahaja kepada rakyat negara ini malah ianya turut diberikan kepada pelancong asing. Saya fikir mereka perlu dibenarkan untuk mengambil peluang ini untuk bekerjsama dengan Sukan SEA," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga memandang serius tentang aspek keselamatan penumpang perkhidmatan e-panggilan bagi mengelak berlakunya kes jenayah seperti rompakan yang berlaku baru-baru ini.

"Justeru kita akan pastikan pindaan akta ini akan diluluskan. E-hailing nanti perlu beroperasi tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang seperti perkhidmatan sedia ada," katanya. 

Tags / Kata Kunci: e-hailing , Uber , Grab

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan