Wanita Dipukul Selepas Tegur Suami Pandu Laju

Diterbitkan: Isnin, 5 Jun 2017 11:56 AM

Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang lelaki ditahan kerana memukul isterinya selepas ditegur kerana memandu kereta terlalu laju.

Dalam kejadian pukul 6 petang Sabtu, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah.

Lelaki tersebut yang dikatakan mabuk memandu kereta laju melepasi had yang dibenarkan.

Isterinya yang merupakan pendandan rambut menegur tindakannya itu dan meminta supaya kereta dibawa dengan lebih perlahan.

Suaminya yang merupakan pemandu lori kemudian memberhentikan kereta di Jalan Kiew Nang dan mula menumbuk dan memukul isterinya menggunakan kayu.

Wanita berkenaan segera keluar dari keretanya dan berlari ke rumah mereka yang terletak berhampiran.

Dia bagaimanapun dikejar suami dan kemudian dipukul menggunakan kerusi plastik.

Lelaki terbabit juga bertindak memecahkan cermin depan menggunakan kerusi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Saiful Bahari Abdullah pada Isnin berkata, suspek ditahan selepas insiden tersebut.

Mangsa mengalami kecederaan di tangan kiri dan peha.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan