Betul-Betul Depan Rumah Saya - Pelajar Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siti Farhana Sheikh Yahya sedang berada di rumahnya dekat London Bridge apabila beliau mendengar suasana huru-hara di bahagian luar.

Tidak lama kemudian, beliau mendapat tahu bahawa satu serangan pengganas telah berlaku betul-betul di luar apartmen tempat tinggalnya.

Rumah Siti Farhana, pelajar ijazah sarjana di King College London, terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari London Bridge dan Borough Market, dua lokasi di mana berlakunya serangan pengganas, malam Sabtu.

"Semuanya berlaku betul-betul di depan rumah saya. Sekarang ada kereta polis dan dari tempat saya ini, semuanya dapat didengari," katanya kepada The Star Online.

Beliau menjelaskan bahawa biliknya terletak kira-kira 300 meter dari salah sebuah tempat berlakunya serangan.

"Saya dapat mendengar bunyi helikopter dan dua letupan kuat. Saya tak pasti ia bunyi apa dan saya takut untuk tahu apa yang berlaku," katanya.

Siti Farhana

Di atas jalan, berlaku kejadian di mana sebuah van putih telah melanggar beberapa pejalan kaki di sebelah selatan London Bridge.

Tiga lelaki kemudian keluar dari van tersebut dan berlari ke arah Borough Market. Mereka mula menikam orang ramai yang sedang berhibur pada malam minggu.

Enam orang dilaporkan terbunuh, termasuk tiga penyerang dan lebih 30 yang lain cedera.

Takut untuk melangkah keluar dari pintu rumahnya, Siti Farhana terus menyaksikan peristiwa itu dari tingkap rumahnya.

"Ia berlaku kira-kira pukul 10 atau 11 malam. Saya baru sahaja selesai berbuka puasa dan berada di rumah bersendirian.

"Saya melihat melalui tingkap anggota polis mengelilingi kawasan itu dan saya fikir mereka telah menahan seorang lelaki di lorong hadapan rumah saya," katanya sambil menambah polis telah mengepung kawasan itu.

"Saya dengar polis menjerit mengarahkan seorang lelaki mengangkat tangan dan kemudian saya nampak bercakap-cakap dengannya," katanya.

"Kereta polis ada di mana-mana. Borough Market, di mana kejadian tikam berlaku berlaku, juga terletak di depan rumah saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: pelajar Malaysia , London Bridge

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan