Kertas Azam Pelajar Tahfiz Mahu 'Meninggal Di Bulan Ramadan' Tular

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gambar sekeping kertas yang menunjukkan seorang pelajar Pusat Tahfiz Al-Hashimi berazam meninggal dunia pada bulan mulia, Ramadan telah tular di media sosial.

Azam tersebut telah dicatatkan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, pukul 9.55 malam, 24 Mei lalu.

Muhammad Hakimi, terkorban dalam kemalangan di KM 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, pagi Jumaat, bersama enam pelajar lain.

"Mati di bulan Ramadan dengan keredaan-Nya," demikian tulis Muhammad Hakimi dalam sekeping kertas.

Ia menjadi azamnya yang ke-10 dan terakhir ditulis olehnya, bersama sembilan azam lain.

Difahamkan, setiap pelajar tahfiz di pusat tahfiz berkenaan perlu menyatakan azam masing-masing sebelum ketibaan Ramadan dengan menulisnya di atas kertas yang disediakan.

Antara azam lain yang ditulis olehnya adalah selalu berdoa kebaikan ke atas umat Islam, khatam al-Quran, Qiamullail, menginfaqkan harta dan lain (sekadar mampu) dan bercakap perkara penting sahaja.

Allahyarham turut berazam untuk menahan diri daripada berkeluh-kesah dan membuang keegoan diri.

Tags / Kata Kunci: pelajar tahfiz , kemalangan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan