Jenazah Pelajar Malaysia Maut Di Edinburgh Dibawa Pulang - KPT - Berita Semasa | mStar

Jenazah Pelajar Malaysia Maut Di Edinburgh Dibawa Pulang - KPT

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 1:23 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jenazah pelajar perubatan Malaysia di Universiti Edinburgh, Scotland, Zhi Min Soh, yang maut dalam kemalangan pada 31 Mei lepas akan dibawa pulang dalam masa terdekat, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

KPT dalam kenyataan hari ini berkata urusan membawa pulang jenazah sedang diusahakan oleh Education Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), polis, hospital dan Universiti Edinburgh.

Menurutnya, keluarga mendiang telah dihubungi bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Menurut laporan media, nahas berlaku pada 8.30 pagi apabila roda basikal yang ditunggang Min Soh, 23, tersangkut pada laluan trem di tengah bandar Edinburgh sebelum terjatuh ke laluan kenderaan utama dan dirempuh oleh bas pelancong.

Min Soh yang merupakan pelajar tahun empat tajaan JPA dilaporkan meninggal dunia di Hospital Edinburgh Royal Infirmary akibat kecederaan yang teruk.

Sehubungan itu, KPT mengingatkan pelajar Malaysia supaya sentiasa berhati-hati, mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan terutamanya ketika memandu dan menguruskan pergerakan seharian.-- Bernama 



Tags / Kata Kunci: Zhi Min Soh , Edinburgh
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan