SPR Kelantan Terima Notis Pengosongan DUN

Diterbitkan: Ahad, 4 Jun 2017 7:58 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan menerima notis pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri daripada Pejabat Speaker DUN Kelantan, selepas penyandangnya Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat kerana muflis.

Jurucakap SPR Kelantan berkata pihaknya akan memaklumkan perkara itu dan menghantar laporan kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya.Dalam pada itu, Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub berkata notis yang dihantar oleh wakilnya itu tiba di pejabat SPR Kelantan pada 12.40 tengah hari tadi.

"Ia menjadi tanggungjawab saya untuk memaklumkan perkara itu kepada SPR Kelantan," katanya ketika dihubungi.

Khamis lepas, Abdullah pada sidang akhbar di sini mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong berikutan penyandangnya Mat Yusoff diisytiharkan muflis, selepas menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas.

Beliau dipetik sebagai berkata Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang yang muflis dan masih belum diselesaikan tidak layak menjadi Adun Kelantan.

Dalam pada itu,  Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan akan terus melakukan gerak kerja sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 walaupun kehilangan seorang Adun.

Beliau berkata pihaknya sentiasa meneliti secara mendalam sebelum memilih calon untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen mahupun DUN.

Beliau berkata sebelum dipilih, Mat Yusoff merupakan seorang pemimpin yang baik dan sering memberi sumbangan kepada rakyat dan Umno.

Mustapa ditemui pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan wang tunai kepada lima pesakit kronik di Kampung Pulau Panjang dan Kampung Pauh sempena Program Ziarah Kasih Ramadan DUN Chempaka di Kota Bharu.

Tags / Kata Kunci: SPR , DUN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan