Zulfarhan Minta Baju Raya Warna Kelabu - Ibu

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 9:17 AM

Ibu bapa Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idrus dan Hawa Osman memegang batu tanda pusara anak mereka selepas selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh malam Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan, sempat berpesan kepada ibunya supaya menjaga diri.

Ibunya, Hawa Osman, 54, berkata anak sulung daripada empat beradik itu berpesan demikian ketika dihubungi baru-baru ini ekoran tidak dapat pulang ke rumah bagi menyambut Ramadan.

"Ketika itu, saya dengar suara Allahyarham seperti kurang sihat, namun, Allahyarham mengatakan bahawa dia sihat. Dia suruh saya jaga diri," katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini malam Jumaat.

Hawa yang merupakan pembantu tadbir di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, di sini, berkata pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum meninggal dunia.

Menurutnya kali terakhir dia bertemu anaknya itu pada kira-kira tiga minggu lepas iaitu di majlis kenduri perkahwinan seorang saudara mereka.

Katanya Allahyarham Zulfarhan Osman juga ada memintanya membelikan baju Melayu berwarna kelabu bagi menyambut Aidilfitri.

"Saya sudah membeli pakaian itu termasuk untuk adik beradiknya sekali. Biasanya Allahyarham akan pulang ke rumah (Bandar Uda Utama) dua hari sebelum Aidilfitri," katanya yang menyifatkan Allahyarham Zulfarhan Osman sebagai anak yang mengambil berat terhadap kedua ibu bapa.

Hawa berkata jenazah Allahyarham Zulfarhan Osman dikebumikan di sebelah kubur Allahyarham datuknya, Idrus Kayat dan ibu saudara, Rosyatimah Kayat.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam semalam dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berikutan itu, polis menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional bagi membantu siasatan lanjut.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh pada 9.30 malam Jumaat. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Zulfarhan Osman , kadet

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan