Kisah Ustaz #CengkerikRamadhan Tular

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 5:08 PM

Mohammad Zakiuddin tidak sangka rakaman video 'cengkerik Ramadan' tular di laman sosial. - Instagram/Zakiworld

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara cengkerik masuk ke dalam jubahnya, insiden yang berlaku kepada seorang imam tular di laman sosial selepas beliau memuat naik sebuah video di Instagram pada pagi Jumaat.

Menerusi rakaman itu, Imam Masjid Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang, Mohammad Zakiuddin Hanafi dilihat tetap mengimamkan solat subuh biarpun dilihat berkali-kali cuba menyingkirkan cengkerik yang bagaikan 'terperangkap' dalam pakaiannya.

Rakaman yang berdurasi satu minit itu tersebar meluas di beberapa laman facebook.

Setakat ini, video tersebut sudah mencecah 330,000 tontonan, selain 1,424 perkongsian dan 9,800 likes.

Katanya, beliau tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka itu menjadi tular dengan tiba-tiba.

"Pengalaman betul la jadi imam Subuh pagi Jumaat ni. Tengah-tengah imam, cengkerik besar ibu jari masuk sampai ke dada.

"Bayangkanlah wey perasaan aku masa tu. Geli oi! Terpaksa aku picit binatang tu. Tak fokus aku solat.

"Nasib la tak batal. Lepas solat saja je dia jalan terkedek-kedek," tulisnya melalui posting berkenaan.

Beliau turut berseloroh dengan memperkenalkan hashtag #cengkerikramadhan untuk kejadian yang mencuit hati itu.

Susulan kejadian itu, pemuda yang mesra disapa Ustaz Zakiuddin itu memuat naik satu lagi video kira-kira 18 jam lalu untuk menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu.

Kata Mohammad Zakiuddin (gambar) , beliau dan jemaah lain menunaikan solat Subuh sejurus selepas selesai bersahur.

"Itulah cabaran menjadi seorang imam. Saya tak terfikir macam mana ia boleh menjadi sesuatu yang viral.

"Sebenarnya itu adalah Masjid LCCT Sepang dan saya sebulan di situ untuk imam tarawih," jelasnya melaui video tersebut.

Dalam pada itu, beliau berpesan agar netizen tidak bersangka buruk selepas menonton video berkenaan.

Mohammad Zakiuddin menyarankan agar pengguna laman sosial supaya bertanya kepada orang yang lebih mahir mengenai agama Islam berhubung isu solat yang diimamkannya itu sah atau batal kerana berpegang kepada konsep ilmu itu luas.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan